Thursday, May 26, 2011

~ milik siapakah gadis ini ~

kepada : gadis berbaju kurung



Milik siapakah gadis ini
Wajah lembut bagaikan sutera
Ingin hatinya ku miliki
Apakan terdaya
Adakahkan terdaya

Milik siapakah hati ini
Bagai berkurun lama kesepian
Ingin aku mencurahkan kasih
Kepada yang sudi
Adakah ia sudi

Lama telah ku impikan
Gadis sepertinya
Mengisi taman hati
Dengan cahaya kasih suci
Siapakah gadis yang ku idam



lagu ini ditujukan khas kepada seorang gadis yang sering kali saya lihat berbaju kurung. Alhamdulillah, sejuk mata memandang. bayangan awak kini sedang ligat bermain di benak fikiran saya. mungkin ini hanya mainan perasaan saya, entah laa. walau apa pon, ketahui lah, saya sangat merindui awak. jaga diri awak baik-baik, Insya'Allah ada kesempatan kita jumpa lagi.


ikhlas : pengemis rindu

Tuesday, May 24, 2011

I AM A DOMESTIC ENGINEER AND A NURSE

dgn nama Allah yg Maha Pemurah lg Maha Pengasihani.

hai semua ! sehat kah ? :)
lepas hampir 3 bulan x update blog, tiba2 plk hari ni teringin sgt nk tulis something.
semangat ni datang lps Nur Fatin Fatihah post blog saya dekat wall fb dia. waaa terharunya ! thanks fatin.
then pagi ni plk bila bkk je blog, tiba2 ada 4 followers. fatin, syaza, ain, tikah. lg sekali terharu ! hehehe. thank you girls  ! :)
tapi kan, blog saya ni agak bosan sbb x colorful mcm org lain, x de muzik mcm org lain, x de gambar2 cantik mcm org lain.
sorry yaa kawan2. saya akan blaja dr semasa ke semasa utk make up blog saya ni.

emm..x tahu nk tulis apa sbnanye ni. cuma ada la sikit2 diari kehidupan saya yg maybe agak bosan utk org baca. but it's okay. nk tulis jgk ! (",)
sekarang ni genap 2 minggu saya duduk goyang kaki kat rumah. tiap2 hari makan tdo makan tdo makan tdo je.
adakah sehingga habis cuti 4 bulan saya macam ni ? errr wait & see okay ! hehe..
nak sangat kerja cari duit. tapi..niat tinggal niat je. cari nya tak ! bila bangun je pagi, nak cari kerja nak cari kerja. tapi bila da siap tu, emm..esok je la cari esok je la cari.
penyudahnya sampai skrg laa saya jadi penganggur lg. huhuhu. sampai bila ? hanya Allah yg tahu.

DOMESTIC ENGINEER

saya duduk rumah pon, x de la goyang kaki sangat. nak jgk keluarkn peluh, x de la terasa lembam lembab sgt kepala otak ni.
plus nak ringankn kerja ummi dgn adik kt rumah ni, kesian dorg, pergi sekolah pagi balik petang mesti penat.
so, semua kerja rumah saya buat. ala2 bibik la jadi nya. x kesah la, asalkn rumah ni kemas.
bangun je pagi. akan bermula laa karier jurutera saya.
kain baju. basuh, jemur, angkat, lipat.
pinggan mangkuk. cuci, susun.
lantai. sapu, mop.
pokok bunga. siram.
barang2 pastikan di tempat asal, atur cantik2.
kipas, siling, lampu, sawang, perabut. seminggu sekali bersihkan.
masak ? emm yg simple2 boleh laa. hahaha. masak air dgn masak nasi tu saya expert okay ! :)
dan lain2 kerja yg sewaktu dengannya yg suri rumah buat, semua saya buat.
penat mmg penat tp puas hati bila tengok rumah bersih ! hehehe.
ada jiran2 tegur, rajin nya jemur kain, dah macam anak dara dah. adoii mak cik mak cik semua, terima kasih la memuji walaupun dalam hati saya segan sentap tersipu2 malu. hahaha.
ada plk cousin paggil saya mr. mama ! ni pengaruh cte mr. mama kat tv 3 la ni. emm x kesah laa panggil laa apa pon, asalkn rumah saya kemas, masa lapang terisi x bosan duduk saje cuti ni. hehe.
bayaran ? jeng jeng jeng. bila hujung bulan, x mintak gaji, x pernah letak harga pon, tapi bila mak ayah hulur, x pernah cakap x nak. so sebat je la berapa yang dorg bagi pon. hahaha.
duit duit duit sape x nak kan. terima kasih ummi terima kasih abah ! <3

NURSE

pelik x lelaki jadi nurse ? kalau dulu maybe yes, tapi sekarang tak lagi.
ramai je lelaki masuk bidang nursing. termasuk lah saya. tapi saya ni nurse x bertauliah. hehe.
sebab ? kebetulan plk cuti ni abang saya sakit, maka nya saya yg kebetulan cuti lama ni kena la jaga dia.
dia sakit gout. x boleh jalan. kaki x boleh jejak lantai. x boleh tersentuh pon.
andai kata laa terusik, menjerit2 aduh aduh kesakitan la dia. hahaha. so dia nak bergerak pon kena guna tongkat yg mcm org patah kaki tu.
bila kita jaga org sakit ni, kita kena banyak bersabar. orang sakit ni byk kerenah, byk ragam, byk permintaan.
so kalau dah dia mntk nak itu, nak ini, kena la pergi cari, kena dapatkn jugak. kadang2 org sakit ni cakap kurang berlapik. main sembur jee nak cakap apa pon. kdg2 terasa hati jgk, but it's ok. take it easy. hehehe. maybe dia pon under pressure dgn sakit dia tu, sbb tu x cakap baik-baik, terkasar jee, al-maklum laa orang sakit, memang mcm tu. 
x pe la saya bersusah payah skrg pon, esok lusa saya plk sakit turn dia plk tolong.
nama pon adik-beradik, kalau saya x tolong dia, sape lg nk tolong kan. huhu.
btw 9 tahun dulu saya pernah sakit dlm perut yg agak teruk, terlantar atas katil, sebulan x boleh bergerak. seksa nya sakit perut ni, sampai nk sentuh pon saya menjerit sakit. dah kalau sentuh sakit, apa lg nk bangun, duduk, berdiri, berjalan.
penyudah nya saya terbaring je sebulan atas katil x buat apa. bila datang rasa menyengat dlm perut, tahan je la sengat tu, nak menjerit pon x guna, so ketap je la gigi kuat2, pegang tilam kuat2, tahan sakit sampai meleleh air mata. dalam 5 minit, baru la sengat tu hilang, tapi datang  lagi sejam kemudian, datang lagi, datang lagi, datang lagi, sampai la lebih kurang sebulan. seksa, mmg seksa ! :(
sakit apa ? sampai hari ni jd misteri.
kata doktor, sakit perut sbb angin. tapi kata tok bomoh, ada benda menumpang dlm perut ni. sejauh mana kesahihan, wallahu alam. hanya Allah yg tahu.
masa saya sakit dulu, abang la yg jaga saya. maybe ini lah karma. kalau dulu dia jaga saya, skrg turn saya plk jaga dia. so it's fair. hehehe.
doaku, moga cepat2 laa sembuh wahai abang. hari tu janji nk bwk pergi swimming, tengok2 dia plk yg sakit. cepat sembuh ok. amin.

okay la semua, da byk sgt saya merepek dlm blog ni. terima kasih la sape yg sudi membaca. hehe.
saya harap cepat laa saya resign jd domestic engineer dgn nurse ni. sometimes bosan jgk bekerja kt rumah ni. kalau kt luar tu, lg best kot. dpt jumpa ramai org, lg mencabar, lg menduga keimanan rasanya. hehe.
eyy da pukul 12 lebih. da sampai masa mr. mama nk masuk dapur. masak nasi je la yg mampu. hahaha.
jumpa lg nanti, jaga diri semua !

assalamualaikum.

Saturday, March 12, 2011

cubaan satu dua tiga. cubaan satu dua tiga.

assalamualaikum w.b.t.

blog ! apa ni ?
ada org kata blog ni tempat luahan perasaan, marah, rindu, bengang, sayang.
ada org kata blog ni tempat sebar gosip.
ada org kata blog ni tempat melahirkan karya kreatif.
ada org kata blog ni tempat isi masa lapang.
walau apa pon pendapat kita semua, ingat lah, kalau menulis tu, jgn ikut sedap hati kita je.
fikirkan jgk sensitiviti org lain yg membaca blog kita. supaya tidak ada yg tersinggung mahupun makan dalam.
dah banyak saya dengar ada org bergaduh punca drpd penulisan blog. blog ! blog ! blog !
ini kan laman sesawang. senang sgt nak sebar maklumat / gosip. copy & paste. siap.
so memang ramai la yg ambil kesempatan nak gembar-gemburkan cerita2 sensasi drpd blog ni.

saya sebenarnya tidak lah pandai sgt mengarang. apatah lagi nak menulis blog.
tapi. atas ajakan kawan2, saya rasa terpanggil nak buat blog ni. ikut trend lah katakan.
pada pendapat saya, mereka2 yg hebat dlm bidang penulisan ini adalah mereka yg bijaksana.
ini kerana penulisan memerlukan satu ilham yang unggul tanpa menciplak mana2 idea asal drpd mana2 sumber.

memandangkan ini merupakan post pertama saya di sini, tidak byk yg ingin saya tulis.
sebab tu la nama post ni CUBAAN SATU DUA TIGA. anggap je la ini cubaan pertama saya nk post blog.
okay laa bloggers, jumpa lg di post akan datang kalau saya ada masa + ada ilham.
dah kering idea ni. ayat saya pon skema je saya rasa. mst org x suka baca kan. bosan kot. hehehe.
jaga diri semua. bye !