assalamualaikum w.b.t.
blog ! apa ni ?
ada org kata blog ni tempat luahan perasaan, marah, rindu, bengang, sayang.
ada org kata blog ni tempat sebar gosip.
ada org kata blog ni tempat melahirkan karya kreatif.
ada org kata blog ni tempat isi masa lapang.
walau apa pon pendapat kita semua, ingat lah, kalau menulis tu, jgn ikut sedap hati kita je.
fikirkan jgk sensitiviti org lain yg membaca blog kita. supaya tidak ada yg tersinggung mahupun makan dalam.
dah banyak saya dengar ada org bergaduh punca drpd penulisan blog. blog ! blog ! blog !
ini kan laman sesawang. senang sgt nak sebar maklumat / gosip. copy & paste. siap.
so memang ramai la yg ambil kesempatan nak gembar-gemburkan cerita2 sensasi drpd blog ni.
saya sebenarnya tidak lah pandai sgt mengarang. apatah lagi nak menulis blog.
tapi. atas ajakan kawan2, saya rasa terpanggil nak buat blog ni. ikut trend lah katakan.
pada pendapat saya, mereka2 yg hebat dlm bidang penulisan ini adalah mereka yg bijaksana.
ini kerana penulisan memerlukan satu ilham yang unggul tanpa menciplak mana2 idea asal drpd mana2 sumber.
memandangkan ini merupakan post pertama saya di sini, tidak byk yg ingin saya tulis.
sebab tu la nama post ni CUBAAN SATU DUA TIGA. anggap je la ini cubaan pertama saya nk post blog.
okay laa bloggers, jumpa lg di post akan datang kalau saya ada masa + ada ilham.
dah kering idea ni. ayat saya pon skema je saya rasa. mst org x suka baca kan. bosan kot. hehehe.
jaga diri semua. bye !
No comments:
Post a Comment